KUCHING: Jenazah Ketua Menteri Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Semariang di sini kira-kira jam 2.40 sebentar tadi.
Ribuan rakyat dari pelbagai kaum dan agama membanjiri Tanah Perkuburan Islam Semariang sejak jam 11.00 pagi tadi untuk melihat sendiri perjalanan terakhir jenazah pemimpin yang mereka sayangi.
Sebaik saja jenazah tiba dan diusung ke tanah perkuburan, ramai kalangan rakyat kelihatan tidak mampu menahan kesedihan sambil menadah tangan mendoakan Allahyarham.
Adenan, 72 disahkan meninggal dunia pada jam 1.20 hari semalam di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak, Kota Samarahan kerana komplikasi jantung.
Allahyarham dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 28 Februari 2014, berikutan pengunduran Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang selepas itu dilantik sebagai Yang Dipetua Negeri Sarawak.
Beliau meninggalkan seorang balu, Datuk Amar Jamilah Anu dan lima orang anak iaitu Siti Rafidah, Abdul Aziz, Hayati Kamidah, Aziza Jasmin dan Azizul Anuar. - Sarawakiana
Jenazah Adenan Selamat Dikebumikan, Ribuan Rakyat Iringi
Reviewed by Unknown
on
January 12, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
January 12, 2017
Rating:

No comments: