LAHAD DATU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Lahad Datu merekodkan RM48,114.25 nilai barangan rampasan melibatkan 60 kes sepanjang tempoh Januari sehingga Disember, tahun lepas.
Ketuanya, Hamat Talip berkata rekod tertinggi rampasan melibatkan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (AKB 1961) dengan 26 kes bernilai RM36,368.45.
"Ini diikuti rampasan dibawah Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) dengan tiga kes atau RM6,869.80 dan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011) iaitu 18 kes atau RM3,860.40," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, rampasan turut dilakukan di bawah Akta Timbang Dan Sukat 1972 (ATS 1972) iaitu 11 kes serta dua kes membabitkan Akta Perlindungan Pengguna 1999 (APP 1999).
Sementara itu, Hamat berkata sepanjang tempoh sama sebanyak empat kes pendakwaan telah dibawa ke Mahkamah Lahad Datu dan tertuduh yang bersalah dijatuhkan hukuman penjara antara enam hingga sembilan bulan.
"Ini melibatkan kes-kes serahan oleh Pasukan Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) yang mana tertuduh didakwa di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana cubaan menyeleweng minyak petrol dan diesel ke negara jiran," katanya lagi.-BERNAMA
KPDNKK Rekod 60 Kes Rampasan Barangan Tahun Lepas
Reviewed by uMieySurianie
on
January 12, 2017
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
January 12, 2017
Rating:

No comments: