KUCHING: Teka-teki bakal Ketua Menteri Sarawak yang baru bagi menggantikan Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem akan diketahui hari ini.
Beberapa akbar tempatan melaporkan kemungkinan tersebut berdasarkan perkembangan terkini dan sumber yang dekat dengan kerajaan negeri.
Beberapa akbar tempatan melaporkan kemungkinan tersebut berdasarkan perkembangan terkini dan sumber yang dekat dengan kerajaan negeri.
“Sumber yang mahir dengan sistem dan undang-undang berkata Ketua Menteri baru dijangka mengangkat sumpah hari ini, bukan esok,” lapor The Borneo Post
Menurut laporan itu, meskipun laporan awal mengatakan Ketua Menteri yang baru akan mengangkat sumpah jawatan pada esok, namun terdapat keperluan untuk mengisi jawatan tersebut dengan segera kerana Sarawak berada di bawah kerajaan sementara berikutan kematian Adenan.
Portal berita Sarawak Voice turut melaporkan ketika ini mesyuarat pemimpin kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak sedang berlangsung dan dipercayai bagi memilih Ketua Menteri Sarawak yang baru.
"Majlis angkat sumpah dijangkakan pada hari ini atau esok, dengan pengumuman dikatakan akan diadakan petang ini," lapor Sarawak Voice. - Sarawakiana

Ketua Menteri Baru Diketahui Hari Ini
Reviewed by Admin
on
January 13, 2017
Rating:
Reviewed by Admin
on
January 13, 2017
Rating:

No comments: