KUCHING : Allahyarham bukan sahaja permata untuk rakyat Negeri Sarawak malah Allahyarham merupakan seorang Negarawan. Memang agak sukar untuk kita menerima berita kematiannya, kata Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris kepada Sarawakiana.
Beliau berasa amat sedih diatas pemergian Ketua Menteri yang lebih dikenali dengan panggilan Tok Nan. Sehingga tidak berani menjawab whatsapp, mesej ataupun panggilan dari orang ramai sehinggalah beliau sampai ke Pusat Jantung Hospital Umum Kota Samarahan dan disahkan oleh ahli keluarga Allahyarham sendiri.
"Kita sebagai anak Sarawak memang merasa amat kehilangan beliau terutamanya dalam arena politik Sarawak dan pentadbiran Negeri Sarawak.
"Allahyarham merupakan seorang pemimpin yang merendah diri, berpengetahuan dan tegas. Sebab itulah kepimpinan Allahyarham amat disenangi oleh semua lapisan kaum di Sarawak dan tak kira usia," katanya.
Jelas beliau, dalam pentadbiran Allahyarham sangat tegas. Allahyarham inginkan rakyat Sarawak sentiasa bersatupadu agar Sarawak lebih maju berbanding negeri lain di Malaysia. Memandangkan kos sara hidup yang begitu tinggi sekarang, Allahyarham telah mengambil beberapa langkah untuk menyelesaikannya. Antaranya ialaha dengan pemansuhan tol, menurunkan tarif elektrik sebanyak 2o% hingga 47%.
"Allahyarham juga telah mengusul dan telah diluluskan di dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak agar kerajaan Persekutuan menaikan royalti minyak kita dari 5% sekarang ini kepada 20%.
"Dalam isu pembalakan haram juga Allahyarham telah memberhentikan pengeluaran lesen pembalakan dan pembukaan tanah untuk penanaman ladang kelapa sawit. Allahyarham juga masih menumtut kuasa otonomi untuk rakyat Sarawak," ujarnya.
Awla menambah, di samping ketegasan politik Allahyarham, Allahyam merupakna seorang yang suka berjenaka. Setiap ucapannya mesti ada senda gurau dan gelak ketawa. Allahyarham juga merupakan seorang yang tidak terlalu protokol dan sering dilihat orang ramai duduk minum dan keluar di kedai-kedai di tepi jalan.
"Sebab itulah kita lihat semua lapisan masyarakat tua dan muda mudah bergaul dengan Allahyarham. Disebabkan sikap terbuka dan pendirian beliau yang tegas, kita melihatkan BN Sarawak menang besar dalam Pilihanraya Negeri yang lepas," tambahnya
Beliau memberitahu sudah memgenali Allahyarham sudah lama. Ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Batang Sadong pada tahun 2004.
"Saya semasa itu AJK Cawangan N20 Simunjan. Kita telah bersama-sama berkempen dan akhirnya beliau telah memenangi dengan majority yang besar mengalahkan Allahyarham Haji Adam yang bertanding mewakili parti PAS.
"Sehingga beliau dilantik menjadi Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia.
"Hasrat saya untuk memajukan kawasan N25 Simunjan dibawah kepimpinan Allahyarham belum lagi kesampaian. Hanya hampir 6 bulan secara rasmi saya menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri N25 Simunjan," katanya lagi.
Katanya, Allahyarham sering menyatakan ingin memajukan kawasan luar bandar dan masih ingat lagi apa yang sering diucapkan oleh beliau dikawasan luar bandar "Mun nak carik orang kaya pergi kawasan bandar tapi mun nak carik orang miskin pergi kawasan luar bandar".
"Sebab itulah Allahyarham beria-ia untuk memastikan kemajuan kawasan luar bandar. Bagi seorang muka baru Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak, saya amat terasa kehilangan beliau kerana banyak lagi pengalaman dan tunjuk ajar yang saya ingin pelajari dan contohi daripada kepimpinan Allahyarham.
"Kepimpinan Melalui Teladan". Tapi Allah lebih menyayangi beliau. Saya mewakili rakyat dari N25 Simunjan berdoa agar roh Allahyarham ditempat bersama orang yang beriman. Al Fatihah. Amin.
"Hilangmu sukar diganti. Tiada lagi laungan Oooaaaaa dan You-you di bumi Sarawak yang sinonim dengan Allahyarham. Namun aku berjanji akan meneruskan perjuanganmu demi masa depan Sarawak yang lebih gemilang," ujarnya diakhir temubual.-Sarawakiana
Allahyarham Adenan Pemimpin Tegas Dan Berwawasan, Kata Awla
Reviewed by Unknown
on
January 13, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
January 13, 2017
Rating:

No comments: