Seo Services

Lelaki Serah Diri, Akui Keluar Kenyataan Hina Allahyarham Adenan


KUCHING: Seorang lelaki berusia 29 tahun tampil menyerah diri ke Balai Polis (BP) Sentral Sibu kerana mendapati dirinya merupakan salah seorang suspek dalam siasatan pihak polis malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dato’ Dev Kumar berkata lelaki berusia 29 tahun berkenaan hadir BP Sentral Sibu sekitar jam 9.45 malam tadi.

“Lelaki berkenaan datang menyerah diri selepas mengetahui dirinya merupakan salah seorang suspek yang sedang disiasat oleh pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan kepada media sebentar tadi.

Dev menambah telefon bimbit milik suspek dirampas dan suspek akan dibawa ke Bintulu.

Suspek kini dalam tempoh tahanan reman selama tiga hari berkuatkuasa hari ini untuk menjalani siasatan selanjutnya.

Sehingga berita ini ditulis seramai tiga individu ditahan berikutan posting dan komen berbaur fitnah dan penghinaan terhadap Allahyarham Ketua Menteri Sarawak.

Baca: Polis Berkas Lelaki Di Pahang Hina Allahyarham Ketua Menteri .-Sarawakiana
Lelaki Serah Diri, Akui Keluar Kenyataan Hina Allahyarham Adenan Lelaki Serah Diri, Akui Keluar Kenyataan Hina Allahyarham Adenan Reviewed by Unknown on January 13, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.