GEORGE TOWN : Penasihat DAP, Lim Kit Siang merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana didakwa melabelkan beliau sebagai anti-Islam.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, beliau telah meminta peguamnya untuk meneliti perkara itu.
"Saya bukan anti-Islam," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Spice Arena dekat sini pada hari Sabtu seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA.
Mengulas mengenai pendirian tegas PAS yang masih enggan bekerjasama dengan DAP, Kit Siang berkata ia adalah hak Abdul Hadi untuk menolak sebarang kemungkinan untuk bekerjasama dengan DAP.
Abdul Hadi dilaporkan berkata PAS telah mengulangi tidak akan menerima tawaran Lim untuk bekerjasama dengan DAP untuk memastikan kemenangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum akan datang.-Sarawakiana
Kit Siang Rancang Saman Hadi
Reviewed by Unknown
on
January 29, 2017
Rating:
No comments: