KUCHING : Masalah tebing Kampung Sageng Simunjan yang terhakis sebelum ini sudah dimaklumkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan selanjutnya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris menyatakan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak berwajib bagi menyelesaikan masalah tersebut.
"Saya telah merujuk dan berbincang dengan Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Samarahan/Kuching berkaitan masalah tersebut.
"Satu kertas kerja telah dibuat dan disampaikan kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar," katanya ketika dihubungi Sarawakiana sebentar tadi.
Awla turut berharap permohonan tersebut mendapat sokongan daripada menteri berkenaan bagi mengatasi masalah hakisan tersebut dengan segera.
Hakisan tanah di kampung berkenaan berlaku susulan hujan lebat dan banjir kilat yang berlaku kira-kira jam 10.30 pagi semalam menjejaskan sembilan buah rumah yang terletak berhampiran sungai berkenaan.-Sarawakiana
Masalah Tebing Kampung Sageng Sudah Maklum Kepada Agensi Kerajaan
Reviewed by Unknown
on
January 29, 2017
Rating:
No comments: