Seo Services

Laungan Ooo Haa U U Satukan Sarawak


18 Februari 2014 tarikh keramat buat rakyat Sarawak apabila Seorang Ketua Menteri berjiwa rakyat dilantik dengan rasminya. Bermulalah perjuangan wira sebenar Sarawak yang telah merombak segala dasar untuk kepentingan rakyat.

Pertama kali didengari laungan Ooo Haa U U sebagai 'Trade mark' beliau yang kemudian menjadi ikutan pelbagai kaum yang bernaung di bawah kepimpinan beliau. Laungan yang memiliki keajaiban menyatukan kaum dari pelbagai lapisan.

Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh Orang Ulu, Cina dan sebagainya turut melaungkan Ooo Haa U U dan bermakna semua kaum ini bersatu dalam Ibu Pertiwiku Sarawak. Duduk semeja, minum sama, makan sama dan cari amoi sama terus diamalkan.

Dari laungan tersebut maka tercetuslah nasihat supaya jangan memanggil cina sebagai pendatang kerana mereka lahir, cari makan, cari amoi, kahwin, mati di sini yakni Sarawak. Menyusul selepas itu turut ditekan agar masyarakat Iban, Bidayuh dan etnik Sarawak bukan kaum lain-lain.

Dasar tegas mengekang kecurian balak, rasuah dan sebagainya menjadi kekuatan untuk menentang segala kepincangan yang boleh meruntuh negeri di kuatkuasa setegas-tegasnya. Bukan setakat itu sahaja, penjawat awam khususnya penguatkuasa di 'Brain Wash' secukup-cukupnya supaya tidak terlibat dengan rasuah serta wajib melaksanakan tugas dengan amanah.

Untuk rakyat pula dilaksanakan caj elektrik murah ke setiap rumah penduduk di Sarawak, tambang feri diselaraskan, mansuhkan tol, cukai tanah dikurangkan termasuk ada yang dimansuhkan, cukai pintu turun dan sebagainya bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat.

Ia tidak terhenti setakat itu sahaja, dasar pembangunan luar bandar diberi keutamaan di mana hari ini kelihatan luar bandar dan pesisir mula dibanjiri pembangunan melalui peruntukan sedia ada, projek kecil luar bandar (MRP) dan sebagainya telah terlaksana. Tujuan utama ialah merapatkan jurang yang jauh ketinggalan di antara bandar dan luar bandar.

Apa yang beliau nyatakan ialah, beliau ingin melihat masyarakat luar bandar akan mencapai sasaran sebagai masyarakat yang berpendapatan tinggi dan bebas daripada kepompong kemiskinan yang sekian lama membelenggu masyarakat.

Dan banyak lagi program yang beliau telah, sedang dan akan dilaksanakan. Pencapaian yang paling cemerlang beliau perolehi ialah kemenangan besar Barisan nasional pada PRN11 Sarawak yang lalu di mana kepercayaan kaum Cina terhadap beliau adalah kembalinya undi Cina di kawasan Urban yang selama ini di kuasai pembangkang.

Hanya dengan laungan Ooo Haa U U, semua kaum akan terikut melaungkan slogan bersama dan senada. Maka semakin erat dan kukuhnya perpaduan kaum dan agama di Sarawak tambahan beliau terus memperjuangkan hak Sarawak kembali ke Sarawak.

Namun Allah SWT lebih sayangkan beliau. Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem disahkan menghembus nafas terakhir pada tanggal 11 Januari 2017 jam 1.24 petang di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak, Kota Samarahan. Hampir tiga tahun beliau bersama rakyat Sarawak dan gurau senda serta jasa Allahyarham akan terus terpahat dalam jiwa seluruh rakyat Sarawak selama-lamanya.-Sarawakiana
Laungan Ooo Haa U U Satukan Sarawak Laungan Ooo Haa U U Satukan Sarawak Reviewed by Unknown on January 12, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.