Seo Services

Lelaki Ditahan, 13 Laporan Polis Hina Kematian Adenan


KUCHING: Seorang suspek ditahan tengah malam tadi, manakala 13 laporan polis dibuat terhadap empat pemilik akuan Facebook kerana memuatnaik komen berupa penghinaan dan fitnah terhadap kematian Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dato’ Dev Kumar berkata, Polis sedang menjalankan siasatan terhadap empat pemilik akuan Facebook, berikutan 13 laporan polis yang di buat di lapan daerah.

Beliau turut mengesahkan penahanan seorang suspek lelaki berusia 54 tahun di Landeh dekat sini tengah malam tadi.

“Salah seorang pemegang akaun facebook, seorang lelaki berusia 54 tahun itu ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Kuching di rumahnya, manakala telefon bimbitnya telah dirampas untuk tujuan penyiasatan,” katanya dalam satu kenyataan awal hari ini.

Justeru menurutnya, pihak polis memberi amaran kepada pengguna internet agar menjaga tingkah laku semasa tempoh berkabung ini.

“Kami sedang memantau laman media sosial dan tidak akan teragak-agak untuk menangkap sesiapa sahaja memuatnaik komen fitnah atau bersifat hasutan terhadap Allahyarham Ketua Menteri,” tegasnya.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia sekitar jam 1.20 tengah hari semalam di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak Kota Samarahan.

Allahyarham yang berusia 72 tahun merupakan ketua menteri kelima Sarawak selepas mengambil alih jawatan daripada Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 18 Februari 2014. - Sarawakiana
Lelaki Ditahan, 13 Laporan Polis Hina Kematian Adenan Lelaki Ditahan, 13 Laporan Polis Hina Kematian Adenan Reviewed by Admin on January 12, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.