Seo Services

Lelaki Direman Kerana Disyaki Liwat Anak Kawan

gambar hiasan

SIBU: Seorang ayah yang menjemput rakan lelaki ke rumahnya tidak menyangka bahawa rakannya itu akan bertindak meliwat anak lelakinya yang berusia lapan tahun.

Pengadu berusia 40 tahun membuat laporan polis pada Rabu lalu dan polis menahan suspek pada hari yang sama.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahri mengesahkan menerima laporan dan penahanan suspek terbabit.

Beliau berkata kanak-kanak itu telah dihantar ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan perubatan.

Bagaimanapun, Saiful enggan mengulas lanjut dan mengesahkan polis menyiasat kes itu di bawah Seksyen 377E Kanun Keseksaan.

Ia juga belum mengesahkan sama ada kanak-kanak itu diliwat.

Menurut sumber, pengadu melihat anaknya berjalan dengan luar biasa dan seperti ada tanda-tanda kesakitan menyebabkannya berasa curiga.

Dia mendapati kegiatan itu dilakukan oleh rakannya apabila menyoal anaknya.

Suspek ditahan reman untuk membantu siasatan.-UB
Lelaki Direman Kerana Disyaki Liwat Anak Kawan Lelaki Direman Kerana Disyaki Liwat Anak Kawan Reviewed by Unknown on January 16, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.