Seo Services

Lelaki Maut Kejadian 'Langgar Lari' Di Jalan Sri Aman-Kuching

SRI AMAN: Seorang penumpang maut dalam kejadian 'langgar lari' apabila kenderaan jenis pacuan empat roda Mitsubishi Pajero dinaikinya bersama rakan terbabas dan terbakar dalam kemalangan di Kilometer 43, Munggu Tapang Jalan Sri Aman Kuching di sini pagi tadi.

Dalam kejadian berlaku sekitar jam 6 pagi, Pajero dinaiki dua mangsa dilanggar dari bahagian belakang oleh sebuah lori sehingga menyebabkan Pajero berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas masuk kedalam parit.

Mangsa dikenalpasti sebagai Wong Leong Soo,50 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit dan terbakar 40 peratus manakala Tan Kian Meng, 64 pemandu Pajero berkenaan berjaya keluar menyelamatkan diri.

Menurut jurucakap bomba, sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus laporan diterima.

"Setibanya anggota ke lokasi operasi menyelamatkan mangsa terbakar dan tersepit dijalankan dan mangsa melecur hampir 40 peratus", katanya.

Sementara itu, Pemangku Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak, ASP Matthew Manggi yang mengesahkan insiden tersebut, berkata pihaknya masih mengesan lori yang merempuh kenderaan mangsa.-Sarawakiana

Lelaki Maut Kejadian 'Langgar Lari' Di Jalan Sri Aman-Kuching Lelaki Maut Kejadian 'Langgar Lari' Di Jalan Sri Aman-Kuching Reviewed by Unknown on January 16, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.