KUCHING: Jasa Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem kepada rakyat terutamanya kepada Daerah Lundu amat besar.
Terletak kira-kira 110 kilometer dari Kuching, Lundu berada di tepi sungai manakala Sematan pula di tepi laut merupakan antara kawasan dalam kawasan DUN Tanjong Datu.
Pembangunan di Daerah Lundu jika dilihat hari ini, seperti cendawan yang tumbuh dimana kesibukan pembangunan yang lebih pesat dan pelaksanaan banyak projek besar atau projek-projek kecil di bawah pimpinan Allahyarham.
Penghulu Daerah Lundu Zon Kampung Stunggang Melayu, Ibrahim Suni, 68 tahun berkata pelbagai projek disalur di kawasan ini meliputi aspek infrastruktur, pendidikan, pelancongan dan lain-lain projek memanfaat bagi penduduk sepanjang beliau mengambil alih kepimpinan negeri di Sarawak.
“Antaranya, Pusat Latihan Kecemerlangan Teknikal (CENTEX) yang kini sudah memulakan sesi pembelajaran dan pengajaran bagi melatih golongan belia dalam bidang kemahiran teknikal serta vokasional.
“Namun kerja-kerja pembinaan pusat latihan itu kini sedang dijalankan dan dijangka siap dalam masa terdekat bagi membolehkan pelajar mengikuti sesi pembelajaran dan latihan dengan lebih selesa,” katanya.
Selain itu, Ibrahim berkata untuk sektor eko-pelancongan pula, Waterfront Lundu di sepanjang tepian sungai di pekan Lundu telahpun siap dibina dan ianya telah di rasmikan pada Oktober tahun lalu oleh Datuk Ranum Mina mewakili Ketua Menteri.
Tambahnya, dari segi ekonomi pula,sebanyak 36 gerai untuk penjaja pasar malam bagi penjaja di daerah ini yang kini sudah pun siap.
“Oleh itu, kami sangat terkesan dengan pemergian beliau, bahkan penduduk di Lundu tidak percaya ketika mula mendengar berita itu, namun perlahan-lahan dapat menerima suratan takdir itu.
"Memang terasa pemergian beliau, dia sangat rapat dengan penduduk dan senang di ajak duduk sama minum kopi tanpa ada halangan," katanya ketika di hubungi Sarawakiana sebentar tadi.
Menurutnya lagi, Tok Nan seorang pemimpin luar biasa dan membawa perubahan baharu di Sarawak.
"Sayangnya Tok Nan tidak sempat berkhidmat lebih lama untuk rakyat dan kami teramat sedih dengan pemergiannya," ujarnya.
Selain itu, projek besar akan dibawa ke Sematan dan Lundu ialah Lebuh Raya Pan Borneo, Pembinaan Kolej Matrikulasi dan projek lain termasuk masjid, dewan, taman selera. – Sarawakiana
Pembangunan Di Lundu Tumbuh Seperti Cendawan
Reviewed by uMieySurianie
on
January 16, 2017
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
January 16, 2017
Rating:


No comments: