MUKAH: Polis sedang mengesan pihak disebalik laman Facebook 'Sarawak Update' berikutan status yang bukan sahaja menyasarkan seorang menteri negeri, tetapi juga berbaur perkauman.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dato' Dev Kumar berkata satu laporan polis telah dibuat terhadap laman Facebook berkenaan di Balai Polis Mukah pada 5.40 petang hari ini.
Menurutnya, laporan itu dibuat setelah mendapati status di Facebook tersebut menghina seorang menteri negeri dan mengandungi kata-kata penghinaan terhadap sesuatu kaum.
"Ia adalah tidak jelas pada masa ini siapa antara pengendali Sarawak Update yang memuat naik status itu. Dari komen-komen di laman berkenaan, ia adalah jelas bahawa status itu telah menimbulkan kemarahan di kalangan orang ramai, " katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Justeru beliau menggesa pengendali Sarawak Update tampil memberi kerjasama kepada polis untuk membantu siasatan berhubung status kontroversi itu.
Beliau menambah kes disiasat dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia. - Sarawakiana
Pengendali “Sarawak Update” Disiasat Keluar Kenyataan Kontroversi
Reviewed by Unknown
on
January 14, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
January 14, 2017
Rating:

No comments: