Seo Services

PRS Sokong Kepimpinan Abang Jo - Masing


KUCHING : Perlantikan Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg hari ini mendapat respon positif daripada barisan kepimpinan Barisan Nasional (BN) negeri.

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) merangkap Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing berkata bahawa perlantikan Abang Jo adalah bersesuaian dan tepat pada masanya.

"Beliau bukan sekadar menjadi Timbalan Presiden parti terbesar Sarawak PBB, tetapi beliau telah melalui 30 tahun pengalaman dalam politik negeri.

"Beliau mempunyai kepintaran tersendiri untuk memimpin negeri yang memiliki pelbagai kaum dan agama ini," katanya kepada Sarawakiana

Masing turut menambah bahawa PRS akan menyokong sepenuhnya kepimpinan Abang Jo untuk meneruskan dasar pembangunan luar bandar seperti mana Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem lakukan dan impikan. -Sarawakiana
PRS Sokong Kepimpinan Abang Jo - Masing PRS Sokong Kepimpinan Abang Jo - Masing Reviewed by Unknown on January 13, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.