BISHKEK : Sebuah pesawat kargo pajakan Turkish Airlines terhempas berdekatan Lapangan Terbang Manas di Talas, Kyrgyzstan pada Isnin, dan mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang, lapor Reuters.
Perkara itu disahkan kerajaan Kyrgyzstan.
Insiden itu dipercayai berlaku ketika pesawat yang dikendalikan ACT Airlines itu cuba mendarat dalam cuaca berkabus tebal pada jam 7.31 pagi waktu tempatan.
Pesawat yang dalam penerbangan dari Hong Kong ke Istanbul itu dijadual membuat persinggahan di Manas.
Laporan awal menyatakan, nahas itu memusnahkan sejumlah 15 buah rumah kampung.
Pasukan penyelamat telah menjumpai mayat seorang juruterbang selain 15 orang tempatan yang tinggal di sekitar lokasi nahas melibatkan pesawat model Boeing 747 itu.- Awani
Puluhan Maut Pesawat Kargo Pajakan Turkish Airlines Terhempas
Reviewed by uMieySurianie
on
January 16, 2017
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
January 16, 2017
Rating:

No comments: