Seo Services

Ringgit Tidak Berubah Berbanding Dolar, RM4.4600



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini berikutan kekurangan permintaan dan di tengah-tengah prestasi bercampur-campur serantau, kata peniaga.

Pada jam 9.30 pagi, unit tempatan tidak berubah daripada penutup Jumaat 4.4600/4640 berbanding dolar.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding yen kepada 3.8993/9035 daripada 3.8898/8949 pada Jumaat dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1206/1245 daripada 3.1243/1282 sebelumnya.

Ringgit lemah berbanding pound Britain kepada 5.3716/3719 daripada 5.4439/4497 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.7401/7448 daripada 4.7468/7524 pada Jumaat.- Bernama
Ringgit Tidak Berubah Berbanding Dolar, RM4.4600 Ringgit Tidak Berubah Berbanding Dolar, RM4.4600 Reviewed by uMieySurianie on January 16, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.