Seo Services

Samsung Dijangka Lancar Telefon Pintar Boleh Lipat



SEOUL: Samsung merancang untuk memperkenalkan te­lefon pintar dengan paparan fleksibel yang boleh dibuka menjadi tablet berukuran tujuh inci, menurut laporan The Korea Herald

Portal Mashable yang memetik laporan tersebut mendakwa, Samsung dijangka mengeluarkan lebih 100,000 peranti ‘lipat keluar’ (fold-out) tersebut pada suku ketiga tahun ini.

Jelasnya, Samsung telah menolak telefon jenis ‘lipat ke dalam’ (fold-in) iaitu skrin berada pada bahagian dalam yang menjadikannya kurang menyenangkan.

Sebaliknya, jelas laporan itu, telefon yang diberi kod nama Galaxy X, akan mempunyai paparan menghadap ke luar apabila dilipat.

“Samsung berusaha untuk menghasilkan teknologi paparan boleh lipat seawal 2008 apabila bahagian paparan syarikat menunjukkan prototaip lipat OLED,” jelas laporan itu.

Bagaimanapun, Samsung dilaporkan bukanlah satu-satu syarikat teknologi yang bakal melancarkan telefon boleh lipat pada tahun ini kerana LG juga dikhabarkan merancang menghasilkan lebih 100,000 telefon jenis sama dijangka dilancarkan pada suku keempat 2017.

Walau bagaimana menurut Mashable, Samsung mungkin melewatkan pelancaran telefon tersebut sekiranya teknologi terbabit belum bersedia untuk dilancarkan kepada pelanggan.– AGENSI.
Samsung Dijangka Lancar Telefon Pintar Boleh Lipat Samsung Dijangka Lancar Telefon Pintar Boleh Lipat Reviewed by uMieySurianie on January 16, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.