Seo Services

Shukri Yahaya Enggan Lagi Berlakon Bersama Siti Saleha


PETALING JAYA : Walaupun gandingan Shukri Yahaya dan Siti Saleha dilihat menjadi dalam drama 7 Hari Mencintaiku, namun pelakon kacak itu menolak untuk bergandingan semula dengan heroinnya dalam drama lain.

Mengakui prinsipnya itu mungkin mengecewakan peminat yang menyukai keserasian mereka, namun Shukri, 28, berkata ia dilakukan demi menjaga mutu lakonannya.

“Sebenarnya saya memang tidak akan berlakon dengan heroin sama kerana takut nanti akan jadi terlalu klise dan akan terlalu selesa dengan lakonan saya.

“Kalau boleh janganlah dengan Siti Saleha,” katanya kepada ProjekMMO semasa majlis meraikan kejayaan drama 7 Hari Mencintaiku di sini, baru-baru ini.

Beliau tidak menyangka sambutan orang ramai terhadap tayangan slot Akasia TV3 begitu tinggi sehingga mendapat rating 12 juta semasa tayangan episod akhir.

Malah keberkesanan beliau membawa watak Khuzairi, seorang suami yang penyabar dan penyayang dipuji oleh isterinya sendiri, Tya Adnan.

Katanya, Tya kagum dengan lakonannya yang berjaya menghidupkan adegan romantis yang tidak berlebihan namun meninggalkan impak.

“Isteri saya cakap tahniah sebab lakonkan watak itu dengan cara sebegitu, tak perlu untuk terlalu ‘sweet’ sampai terbawa-bawa di media sosial untuk hidupkan watak,” katanya.

Drama 28 episod adaptasi novel itu turut menampilkan Faye Khusairi, Wan Sharmila, Shazwan Zulkifly dan Zila Bakarin.

Meski popularitinya semakin meningkat, timbul dakwaan hero drama Suami Tanpa Cinta itu semakin cerewet memilih tawaran drama.

Syukri ketika menafikan sebaliknya berkata dirinya bersedia melakonkan apa sahaja watak termasuk yang tidak masuk akal kerana percaya mutu lakonannya mampu menjadikan naskah itu berkualiti.

“Saya berlakon semua drama tak kisah tajuk drama itu mengarut tapi saya jadikan watak itu tidak seperti tajuk yang orang gambarkan.

“Maknanya saya sebagai pelakon yang buat ‘homework’, kalau cerita tidak bagus saya akan cuba baguskan. Itu tanggungjawab sebagai pelakon,” katanya.-malaymailonline
Shukri Yahaya Enggan Lagi Berlakon Bersama Siti Saleha Shukri Yahaya Enggan Lagi Berlakon Bersama Siti Saleha Reviewed by Unknown on January 14, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.