Seo Services

Tentera Syria Bunuh Tujuh Orang Awam


BEIRUT:  Sekurang-kurang tujuh orang awam terbunuh dalam serangan yang dilancarkan tentera Syria di Deir Qanun dekat wilayah Wadi Barada yang merupakan kawasan sumber air utama bagi Damsyik.

Menurut Ketua Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman, serangan tersebut merupakan yang paling dahsyat sejak gencatan senjata di seluruh negara itu dikuatkuasakan.

"Ini merupakan jumlah mangsa paling ramai sejak gencatan senjata bermula 30 Disember lalu,’’ katanya. Sekurang-kurangnya 20 orang cedera kebanyakannya kritikal dalam serangan tersebut.

Para aktivis daripada Jawatankuasa Media Wadi Barada berkata, serangan bom itu mengenai kawasan perlindungan sementara yang menempatkan kumpulan pelarian golongan wanita dan kanak-kanak. - AFP
Tentera Syria Bunuh Tujuh Orang Awam Tentera Syria Bunuh Tujuh Orang Awam Reviewed by Unknown on January 16, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.