Seo Services

TH Senarai 19 Agensi Pelancongan Tawar Pakej Haji

Image result for tabung haji
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) menyenaraikan 19 agensi pelancongan menawarkan perkhidmatan pakej haji bagi musim haji 1438H/2017M. 

Agensi berkenaan termasuk TH Travel & Services Sdn Bhd yang beroperasi di sini, Alif Travel & Tours Sdn Bhd (Subang Jaya) dan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Kuala Lumpur). 

TH, dalam notis pemberitahuan yang dikeluarkan dalam News Straits Times (NST) hari ini, turut menyenaraikan Batuta Travel & Tours Sdn Bhd (Kota Bharu), CS Holidays Sdn Bhd (Kuala Lumpur), Citra Travel & Tours Sdn Bhd (Kota Bharu), FELDA Travel Sdn Bhd (Kuala Lumpur), Gemilang Travel and Tours Sdn Bhd (Ampang) dan Misbah Travel & Tours Sdn Bhd (Kuala Lumpur). 

Seterusnya, Masamas Travel & Tours Sdn Bhd (Kuala Lumpur), MKM Ticketing Travel & Tours Sdn Bhd (Kuala Lumpur), Platinum Gesture Travel & Tours Sdn Bhd (Kuala Lumpur), Rayhar Travels Sdn Bhd (Kemaman), Syarikat Pelancungan Yaskin Sdn Bhd (Kota Bharu), TM Tours & Travel Sdn Bhd (Kuala Lumpur) dan Touch Me Travel & Tours Sdn Bhd (Petaling Jaya). 

Turut disenaraikan Utas Travel & Tours Worldwide Holidays Sdn Bhd (Alor Gajah), Wira Saujana Travels & Tours Sdn Bhd (Batu Caves) dan Zahariz Travel & Tours Sdn Bhd (Shah Alam). 

Dalam notis berkenaan, TH turut memaklumkan tarikh tutup pendaftaran bakal haji terpilih menggunakan perkhidmatan pakej TH Travel & Services Sdn Bhd dan Pengelola Jemaah Haji (PJH) pada 26 Mei depan. 

Pihak yang mengendali atau menguruskan jemaah haji tanpa kebenaran TH akan dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Tabung Haji 1995.
TH Senarai 19 Agensi Pelancongan Tawar Pakej Haji TH Senarai 19 Agensi Pelancongan Tawar Pakej Haji Reviewed by Azmin on January 14, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.