BARCELONA: Barcelona perlu mengelak daripada mencetuskan histeria dalam kalangan peminat, rakan pemain dan media berhubung rundingan kontrak baharu buat Lionel Messi yang kini sudah berlanjutan, kata jurulatih kelab itu, Luis Enrique.
Dengan baki kontrak penyerang Argentina berusia 29 tahun itu tinggal 18 bulan, Enrique berkata tiada keperluan untuk menekan butang panik.
"Kita semua perlu kekal tenang," kata Enrique yang menegaskan kelab berkenaan tidak akan terburu-buru dan panik.
"Kami tidak terbabit dengan perkara itu," kata jurulatih berkenaan merujuk kepada spekulasi yang mengaitkan Messi bakal berpindah.
"Cara dan keputusan dalam perkara ini akan ditentukan kelab dan Messi sendiri".
"Saya tidak tahu mengenai angka, saya hanya tahu mengenai bola sepak. Kita semua mahu menyaksikan Messi beraksi bersama kelab ini untuk tempoh beberapa tahun lagi. Itu yang paling penting".
Walaupun mencatatkan keuntungan sebanyak 679 juta euro (RM3.2 bilion) musim lalu, beberapa kontrak lumayan yang ditawarkan kepada pemain seperti Neymar dan Suarez sebelum ini menyaksikan Barcelona hampir mencapai 70 peratus had limit perbelanjaan di bawah peraturan gaji yang ditetapkan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).
Sementara itu, Enrique memuji pencapaian dilakar Luis Suarez yang sudah merekodkan 100 gol dalam 120 penampilan - kejayaan itu hadir selepas dia membantu Barcelona menewaskan Athletic Bilbao dalam aksi Piala Raja Sepanyol.
"100 gol dalam 120 perlawanan...ia sangat menakjubkan, kata Enrique menjelang aksi bertemu Las Palmas dalam saingan Liga Sepanyol, malam ini. - AFP
Usah histeria dengan kontrak Messi - Enrique
Reviewed by Azmin
on
January 14, 2017
Rating:
No comments: