KUCHING: Penyiapan talian penghantaran kedua berkapasiti 500kV akan diberi keutamaan oleh Sarawak Energy Berhad (SEB) untuk mengukuhkan bekalan di kawasan tengah dan barat Sarawak.
“Projek bernilai RM2.7 bilion itu harus disiapkan pada pertengahan tahun ini dan apabila siap nanti, ia akan dapat mengurangkan risiko gangguan bekalan elektrik berskala besar di wilayah selatan Sarawak,” kata Menteri Kemudahan Awam, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.
Menurutnya, apabila dua talian penghantaran utama berfungsi nanti, bekalan elektrik dapat disalurkan terus dari loji penjana kuasa utama yang akan tertumpu kepada bahagian utara Sarawak yang melibatkan Empangan Hidroelektrik Bakun dan Murum ke wilayah selatan yang penduduknya lebih padat sekiranya berlaku litar terpelantik.
“SEB juga sedang giat memasang sistem pemantauan kilat yang baharu bagi mengesan kejadian kilat di kawasan berkenaan,” katanya.
Jelasnya, wilayah selatan Sarawak bergelap petang Ahad lepas disebabkan kejadian litar terpelantik berganda melibatkan talian penghantaran 275kV Selangau-Kemena dan disyaki berpunca daripada kilat.
“Tetapan di Empangan Hidroelektrik Batang Ai telah membolehkannya terus beroperasi selepas litar terpelantik berbeza dengn insiden November 2016 dahulu,” tegasnya.
Beliau turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada rakyat atas kesabaran mereka menunggu bekalan elektrik dipulihkan serta turut melahirkan rasa kesal terhadap sebarang kesulitan yang timbul. - Sarawakiana
Bekalan Elektrik Kawasan Tengah dan Barat Sarawak Diperkukuh
Reviewed by Azmin
on
February 23, 2017
Rating:
No comments: