WASHINGTON: China hampir menyiapkan lebih 20 struktur bangunan di tujuh pulau buatannya di Laut China Selatan yang didakwa akan menempatkan peluru berpandu jarak jauh dari permukaan ke udara, republik itu.
Situasi terbaharu itu bakal menimbulkan persoalan bagaimana Amerika Syarikat (AS), khasnya pentadbiran Presiden Donald Trump akan bertindak balas ekoran pendirian Washington yang mahukan perairan terbabit bebas daripada unsur ketenteraan.
Menurut pegawai risikan AS yang tidak mahu namanya didedahkan, pembinaan struktur konkrit dengan bumbung yang mampu ditutup dan dibuka itu dibina di terumbu Subi, Mischief dan Fiery Cross serta sebahagian Kepulauan Spratly yang turut menempatkan landasan kapal terbang China.
“Ini menunjukkan China tidak membina bangunan di pulau buatan itu tanpa sebab dan struktur ini menyamai bangunan yang menempatkan peluru berpandu permukaan ke udara. Oleh itu, secara logiknya, memang itu tujuan mereka,” katanya
Seorang lagi jurucakap AS mendedahkan, struktur yang menempatkan peluru berpandu itu berukuran 20 meter panjang dan 10 meter lebar.
Pentadbiran Trump menganggap binaan China di Laut China Selatan yang dituntut kebanyakan negara Asia Tenggara termasuk Malaysia sebagai tidak sah.
Seorang jurucakap Pentagon dalam pada itu berkata, AS kekal komited supaya perairan Laut China Selatan bebas daripada unsur ketenteraan dan menggesa semua negara bertindak selaras undang-undang antarabangsa.
Kedutaan China di Washington bagaimanapun enggan mengulas berhubung perkembangan itu.
Sementara itu, pakar Laut China Selatan di Pusat Penyelidikan Strategik dan Antarabangsa di sini, Greg Poling berkata, bulan Disember lalu, terdapat laporan mendakwa China telah memasang senjata termasuk sistem antipesawat dan antipeluru berpandu di kesemua tujuh buah pulau buatan di Laut China Selatan.
Bagaimanapun jurucakap risikan AS berkata, struktur itu tidak memberi ancaman secara langsung kepada tentera AS di rantau berkenaan kerana jarak dan kelemahan yang ada pada kawasan tersebut.
Katanya, penempatan peluru berpandu itu lebih kepada ujian politik mengenai cara pentadbiran Trump akan bertindak balas terhadap struktur itu di Laut China Selatan.
– REUTERS
Markas Peluru Berpandu China Di Laut China Selatan Hampir Siap
Reviewed by Unknown
on
February 23, 2017
Rating:
No comments: