Seo Services

Calon STAR PRK Tanjong Datu Ucap Terima Kasih Kepada Pengundi



KUCHING : Calon Parti Reformasi Sarawak (STAR) Johnny Bob Aput berterima kasih kepada pengundi yang menyokong beliau pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu yang lepas.

Johnny berkata, menang atau kalah bukan menjadi persoalan kerana beliau sudah menang apabila membuat keputusan untuk bertanding di kawasan kubu kuat Barisan Nasional (BN)

"Memang ramai yang menyangka keputusan kami untuk bertanding hanya sebagai pesaing yang akan kehilangan wang deposit tetapi pada hakikatnya ia adalah satu keputusan yang penting untuk menegak demokrasi.

"Kesannya ialah pelbagai projek kerajaan berjumlah jutaan ringgit masuk ke Tanjong Datu yang memberi faedah kepada penduduk kawasan," katanya.

Menurut Johnny, apa yang diharapkan agar kerajaan menunaikan segala janji kepada penduduk Tanjong Datu.

"Saya turut mengucap terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan dan pasukan STAR yang memberi sokongan kepada saya semasa kempen PRK lepas.

"Walaupun berkempen dalam keadaan yang serba kekurangan, namun usaha gigih pasukan mampu menjayakan misi di Tanjong Datu," ujarnya.

Johnny turut berharap STAR akan menggembangkan sayap dengan bertanding lebih banyak kawasan pilihanraya akan datang.

"Kami masih memperjuangkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang dan turut memperjuangkan perihal Hak Adat Bumiputera (NCR).

"Turut dibangkitkan bekalan air bersih di luar bandar, infrastruktur yang sempurna dan mendesak kerajaan supaya lebih menumpu perhatian kepada rakyat yang memerlukan pembangunan," jelasnya.-Sarawakiana
Calon STAR PRK Tanjong Datu Ucap Terima Kasih Kepada Pengundi Calon STAR PRK Tanjong Datu Ucap Terima Kasih Kepada Pengundi Reviewed by Unknown on February 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.