Seo Services

Pencapaian Indeks Ekonomi Bukti Pelan Ekonomi Kerajaan BN Membuahkan Hasil - Najib

Image result for najib razak

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pencapaian Malaysia dalam Indeks Ekonomi Paling Inovatif 2017 Bloomberg adalah satu lagi bukti dasar dan pelan ekonomi yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) tepat dan membuahkan hasil.

Perdana Menteri berkata kerajaan akan terus menggandakan usaha untuk memacu negara ke arah kemajuan berteraskan rakyat.

"Alhamdulillah, Malaysia disenaraikan di tangga ke-23 dalam Indeks Ekonomi Paling Inovatif 2017 Bloomberg, kedudukan yang mendahului banyak negara yang lebih maju.

"Kedudukan ini meningkat dua anak tangga berbanding tahun sebelumnya pada tangga ke-25, malah lebih membanggakan, ia dicapai tatkala negara-negara maju lain menyaksikan penurunan dari segi kedudukan mereka," katanya menerusi laman Facebooknya, hari ini.

Menurut Indeks Ekonomi Paling Inovatif 2017 Bloomberg (www.bloomberg.com), Malaysia disenaraikan di tangga ke-23 paling inovatif berbanding negara-negara maju yang lain. - BERNAMA
Pencapaian Indeks Ekonomi Bukti Pelan Ekonomi Kerajaan BN Membuahkan Hasil - Najib Pencapaian Indeks Ekonomi Bukti Pelan Ekonomi Kerajaan BN Membuahkan Hasil - Najib Reviewed by Azmin on February 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.