Seo Services

Indeks Harga Pengguna 3.2 Peratus Pada Januari


KUALA LUMPUR: Penanda aras inflasi, indeks harga pengguna (IHP) Malaysia meningkat 3.2 peratus pada Januari, kadar tertinggi sejak Februari tahun lalu, demikian menurut data yang dikeluarkan kerajaan. 

Data itu mengatasi jangkaan unjuran kenaikan 2.8 peratus dan menjangkaui peningkatan 1.8 peratus pada Disember. 

Kadar inflasi pada Januari didorong oleh kenaikan harga makanan dan kediaman, utiliti serta kos pengangkutan, menurut data daripada Jabatan Perangkaan. 

Inflasi tahunan mencapai paras tinggi tujuh tahun iaitu 4.2 peratus pada Februari 2016 sebelum menyederhana kesan daripada pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan pada April 2015. 

Oktober lalu, kerajaan berkata ia menjangkakan kadar inflasi berada di antara dua dan tiga peratus tahun ini. - Reuters
Indeks Harga Pengguna 3.2 Peratus Pada Januari Indeks Harga Pengguna 3.2 Peratus Pada Januari Reviewed by Azmin on February 22, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.