Seo Services

Pyongyang dalang bunuh Jong-nam: Seoul


SEOUL: Kerajaan Korea Selatan 'hampir pasti' Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Jong-un dibunuh dan rejim Pyongyang bertanggungjawab atas pembunuhan itu. 

Kenyataan itu dibuat ketika taklimat harian pagi ini, ketika ditanya berhubung pengumuman siasatan pertama dibuat semalam oleh polis Malaysia. 

Kementerian Penyatuan Korea Selatan berkata, ia dengan tegas percaya, Korea Utara dikaitkan dalam pembunuhan itu, begitu juga warga Pyongyang yang dikenal pasti sebagai suspek. 

Seorang suspek ketika ini ditahan di Malaysia manakala empat lain dipercayai sudah kembali ke Pyongyang. 

Berkaitan khabar angin berhubung di mana Jeneral Korea Utara Kim Won-hong berada, kementerian berkata, seperti mana yang disahkan sebelum ini, beliau dipecat daripada jawatannya sebagai Menteri Keselamatan Negara Korea Utara dan kini disiasat Parti Pekerja Korea Utara. 

Merujuk Choe Ryong-hae, Naib Presiden Jawatankuasa Pusat Parti Pekerja, yang dipercayai individu kedua paling berkuasa di Korea Utara, kementerian itu tiada banyak maklumat mengenainya. 

Bagaimanapun, Ryong-hae tidak muncul di khalayak ramai sejak tiga minggu lalu. - Arirang
Pyongyang dalang bunuh Jong-nam: Seoul Pyongyang dalang bunuh Jong-nam: Seoul Reviewed by Azmin on February 22, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.