SEORANG wanita yang mengasuh kanak-kanak tidak pernah menyangka anak asuhan beliau akan mengheret anak beliau sendiri ke dalam masalah kekeliruan hubungan seks yang kanak-kanak tersebut saksikan di rumah ibunya.
Pengasuh ini mempunyai dua orang anak yang terdiri daripada seorang lelaki dan seorang perempuan. Anak lelaki beliau hanya berumur 4 tahun 9 bulan. Budak asuhan beliau pula seorang perempuan berumur 5 tahun. Ketika beliau mengasuh kanak-kanak perempuan itu, pada awalnya, tidak ada sebarang masalah.
Masuk bulan ke dua, kanak-kanak tersebut makin tidak mendengar kata. Ketika pengasuh dan suami sedang makan tengahari, anak beliau bersama budak asuhan bermain di bilik khas yang suami beliau sediakan untuk kanak-kanak bermain.
Selesai sahaja mereka makan, ketika beliau sedang mengemas meja, budak perempuan itu menutup pintu bilik tersebut. Pada mulanya pengasuh tersebut membiarkan sahaja. Kemudian bilik tersebut didapati sunyi sahaja. Apabila pengasuh tersebut menolak pintu bilik, budak perempuan tersebut sedang baring di atas tilam sambil membuka seluar manakala anak lelaki pengasuh pula duduk di bawah kaki.
Dalam keadaan terkejut, pengasuh marah dengan nada yang tinggi. Beliau bertanya apa tujuan mereka berbuat demikian. Anak pengasuh berdiri ketakutan lalu beliau menarik tangan anak lelaki beliau keluar. Apabila disoal sekali lagi, anak lelaki pengasuh memberitahu yang anak asuhan suruh buka seluar macam dia.
“Kakak suruh abg buka seluar mcm kakak…kakak suruh tindih dia”, – anak pengasuh.
Mengucap panjang pengasuh tersebut. Beliau merotan kaki anak dengan mengunakan “hanger” manakala budak perempuan itu tutup pintu bilik dengan segera namun pengasuh segera membuka pintu bilik dan memarahi budak perempuan tersebut.
Apabila ditanya siapa yang mengajar dia membisu. Suami pengasuh tanya pada anak, jawapan yang sama diberikan. Budak perempuan tersebut yang suruh.
Dua minggu selepas itu, budak perempuan tersebut sekali lagi menyuruh anak pengasuh membuka seluar dengan alasan mahu hisap kemaluan anak pengasuh. Kali ini pengasuh tersebut benar-benar hilang sabar. Beliau rotan anak beliau dan budak perempuan tersebut.
Apabila ditanya bagaimana budak tersebut tahu berkenaan perkara tersebut, dia memberitahu sering melihat ibunya melakukan perkara tersebut. Untuk makluman, ibu kanak-kanak itu merupakan seorang ibu tunggal dan tinggal bersama teman lelaki.
Ini merupakan antara kisah rumahtangga yang menjadi igauan ngeri ibubapa. Mereka sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam tindakan mereka bagi memastikan perkara yang tidak diingini berlaku pula kepada anak-anak.- pru14.tv
Kanak-kanak 5 tahun Tiru Aksi Hubungan Intim Ibu Dan Teman Lelaki
Reviewed by uMieySurianie
on
February 23, 2017
Rating:
No comments: