Seo Services

Kategorikan Gam & Nospan Sebagai Dadah


KUCHING: Bahan inhalan seperti gam dan nospan sepatutnya dikategorikan sebagai dadah kerana ia merupakan permulaan kepada seseorang individu terjebak kepada dadah sebenar.

Pengerusi Pemadam Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pihaknya akan terus mengusulkan kepada kerajaan pusat agar dua bahan inhalan itu dimasukkan dalam senarai dadah.

"Bahan stimulan seperti ini dijual secara berleluasa dan tanpa pengalaman. Selain itu, tiada langkah penguatkuasaan dapat dilakukan kerana bahan-bahan ini hanya tersenarai dalam Akta Racun.

"Masalah ini banyak berlaku di Kuching dan kawasan luar bandar Sarawak. Keadaan ini amat membimbangkan kerana kesan penggunaannya sama seperti dadah, malah boleh mendatangkan risiko termasuk kerosakan otak," katanya.

Beliau yang juga Menteri Muda Belia dan Sukan berkata, pihak berkuasa seperti polis atau Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sukar untuk membendung masalah tersebut kerana tiada peruntukan undang-undang yang membolehkan penagih ditahan.

"Gam basikal dan pil dibenarkan dijual secara berleluasa tanpa sekatan termasuk di kawasan yang populasi penduduknya tidak banyak memiliki basikal pun," ujarnya.

Malah menurutnya, sering kali perkara tersebut disuarakan sama ada semasa forum Pemadam, Mesyuarat Antidadah Kebangsaan atau sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Ia mungkin tidak dilihat penting disebabkan peratusan penagihan dadah di negeri ini agak kecil," jelasnya.-Sarawakiana




Kategorikan Gam & Nospan Sebagai Dadah Kategorikan Gam & Nospan Sebagai Dadah Reviewed by Unknown on February 23, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.