KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tiada masalah untuk memenangi semula kerusi Parlimen yang disandangnya pada Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) akan datang.
Setiausaha Agung PBB Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, PBB tiada masalah untuk mempertahankan 14 kerusi parlimen miliknya, namun semua ahli PBB perlu sentiasa berjaga-jaga dan tidak memandang rendah terhadap parti lain terutama Pakatan Harapan baharu dibentuk.
Menurutnya, semua pihak perlu bersedia dengan sebaiknya dengan memulakan perancangan sewajarnya dari sekarang.
“Meskipun Sarawak dianggap sebagai “deposit tetap” kepada Barisan Nasional (BN), tetapi dalam PBB jangan terlalu yakin,” katanya dipetik Utusan Borneo
Beliau mengingatkan semua cawangan PBB agar terus bekerja gigih untuk mengekalkan pencapaiannya sebagai tulang belakang kerajaan BN di Sarawak.
Dr Rundi yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kemena menegaskan agar semua ahli PBB juga harus berusaha untuk mewujudkan kerjasama kukuh dengan parti komponen lain bagi memastikan BN negeri mengekalkan pencapaian terbaiknya pada PRU14. - Sarawakiana
PBB Tiada Masalah Kekalkan 100 Peratus Ahli Parlimen
Reviewed by Admin
on
February 27, 2017
Rating:
No comments: