Seo Services

Surat Terbuka Ahmadinejad Puji Trump


TEHRAN: Bekas Presiden Iran, Mahmud Ahmadinejad dalam surat terbuka kepada Donald Trump, yang disiarkan hari ini menyokong bidasan presiden itu terhadap sistem politik Amerika Syarikat (AS), tetapi kurang senang dengan peraturan pengharaman visa dan sikap beliau terhadap wanita. 

Ramai warga Iran melihat presiden baharu AS itu tidak banyak beza dengan Ahmadinejad, yang berani menongkah arus apabila tiba-tiba memegang tampuk kuasa pada 2005 dengan menggabungkan kepetahan berucap dan dasar ekonomi popular untuk memenangi hati kelas bawahan di Iran. 

Dalam surat panjang yang diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan Parsi dalam laman web itu, Ahmadinejad nampaknya menganggap Trump sebagai seseorang yang memahami jiwanya. 

"Trump secara jujur menjelaskan mengenai sistem politik AS dan struktur pilihan raya negara itu sebagai korup dan antimasyarakat," kata beliau. 

Namun, sebahagian besar kandungan surat itu meminta Trump supaya menamatkan campur tangan AS di Asia Barat dan membuang sikap angkuh beberapa pentadbiran Presiden negara itu sebelum ini. 

Ahmadinejad turut membangkitkan isu sekatan visa Trump ke atas tujuh negara majoriti Muslim, termasuk Iran. 

"Lebih sejuta rakyat Iran memainkan peranan besar dalam pembangunan AS... Amerika sekarang milik semua negara." 

Beliau menyentuh isu penghormatan ke atas wanita, kemungkinan merujuk kepada dakwaan salah laku seks Trump terhadap golongan itu. 

"Manusia hebat dalam sejarah amat menghormati wanita dan mengiktiraf kemampuan mereka," kata Ahmadinejad. - AFP
Surat Terbuka Ahmadinejad Puji Trump Surat Terbuka Ahmadinejad Puji Trump Reviewed by Azmin on February 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.