Seo Services

Suspek Pembuat Bom Ikan Ditahan


KUNAK: Polis menahan dua lelaki warga asing disyaki pembuat dan penjual bom ikan di kawasan penempatan pinggir laut di Kampung Kunak 3 dekat sini.

Dalam tangkapan pertama pada jam 7.05 malam, seorang warga Filipina berumur 25 tahun ditahan sepasukan anggota Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak ketika memikul sebuah karung guni dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Kunak, Superintendan Mohd Nasarudin M Nasir, berkata menyedari kehadiran polis, suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditahan sebelum pemeriksaan mendapati dia tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

"Pemeriksaan ke atas karung guni menemui baja urea seberat 25 kilogram dipercayai digunakan untuk memproses dan menghasilkan bom ikan," katanya di sini, hari ini.

Susulan itu, Mohd Nasarudin berkata, polis menyerbu dua rumah di penempatan terbabit pada jam 2.30 pagi tadi dan menemui satu botol bom ikan yang sedia untuk digunakan, selain sumbu, mancis, wayar dan lima unit bahan peledak serta peralatan lain.

"Hasil serbuan itu, polis menahan seorang lelaki berumur 30-an dipercayai pembuat dan penjual bom ikan," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957," katanya.
Suspek Pembuat Bom Ikan Ditahan Suspek Pembuat Bom Ikan Ditahan Reviewed by Unknown on February 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.