SIBU: Tiga dari lima suspek yang memecah masuk rumah pasangan suami isteri di Pulau Li Hua di sini pagi kelmarin ditahan beberapa jam selepas laporan polis dibuat.
Memetik laporan akhbar tempatan, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahri Abdullah mengesahkan penahanan tiga lelaki dipercayai suspek terlibat kes cubaan merompak sarang burung di rumah pasangan berkenaan.
“ Ketiga-tiga suspek ditahan beberapa jam selepas laporan polis dibuat namun dua lagi suspek masih bebas dan polis sedang giat mengesan mereka.” katanya.
Tiga suspek berusia dalam lingkungan 20an kini ditahan reman selama tiga hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.- Sarawakiana
3 Suspek Rompak Sarang Burung Ditahan
Reviewed by Unknown
on
March 28, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
March 28, 2017
Rating:

No comments: