Seo Services

Airasia Mulakan Laluan Kuching-Pontianak Pada 5 Jun Ini


KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd akan memulakan penerbangan harian secara terus dari Kuching ke Pontianak, Indonesia, mulai 5 Jun ini.

Dalam satu kenyataan semalam, syarikat tambang rendah itu berkata bersempena laluan baharu itu, orang ramai berpeluang menikmati harga tambang serendah RM89 bagi penerbangan sehala yang ditawarkan mulai sekarang hingga 2 April ini untuk tempoh perjalanan mulai 5 Jun sehingga 30 Sept, 2017.

Ketua Komersial AirAsia, Spencer Lee berkata syarikat itu sememangnya teruja untuk memulakan penerbangan antarabangsa kedua dari Kuching.

“Penerbangan itu akan mempertingkatkan aspek kesalinghubungan antara Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Lee berkata AirAsia juga yakin laluan baharu itu dapat menyumbang kepada sasaran Sarawak mendapatkan lima juta penganjung pada tahun ini selain melonjakkan sektor ekonomi dan perdagangan tempatan.

Pada masa ini, AirAsia menawarkan perkhidmatan ke sembilan destinasi dari Kuching dengan sejumlah 438 penerbangan dua hala secara mingguan. — Bernama
Airasia Mulakan Laluan Kuching-Pontianak Pada 5 Jun Ini Airasia Mulakan Laluan Kuching-Pontianak Pada 5 Jun Ini Reviewed by Unknown on March 31, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.