GRANADA: Seorang wanita kini disiasat pihak berkuasa kerana disyaki menjamu anak kucing serta anjing kepada ular sawa peliharaannya dan menyiarkan gambar reptilia itu sedang membelit mangsa di internet.
Gambar berkenaan dikesan pekerja satu agensi perlindungan haiwan sukarela, Guardia Civil dan memberitahu unit perlindungan haiwan kerajaan, Seprona.
Seorang pegawai agensi itu kemudian menyamar pergi ke rumah wanita itu di Loja, dekat sini, kononnya mahu membeli ular itu.
Wanita terbabit mengaku kepada pegawai berkenaan dia memberi makan anak anjing, kucing dan burung kepada ularnya, dan menyiarkan gambar ular berkenaan untuk dijual sebagai haiwan peliharaan.
Wanita itu boleh menghadapi tuduhan mendera haiwan jika siasatan menemui bukti kekejaman.
Ular sawa jenis Royal yang tidak berbisa itu biasanya berukuran antara satu hingga dua meter dan boleh hidup sehingga 30 tahun. - DM
Anak Kucing & Anjing Dijamu Kepada Ular Sawa
Reviewed by Unknown
on
March 22, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
March 22, 2017
Rating:

No comments: