Seo Services

BN Punca Serangan Buaya - PKR



MIRI: Serangan buaya berpunca daripada kegagalan Kerajaan Barisan Nasional (BN) membawa pembangunan infrastruktur asas ke kawasan luar bandar kata Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Baram, Dennis Along.

“Isu serangan buaya akan berkurang jika kerajaan BN menyediakan infrastruktur ke luar bandar seperti bekalan air bersih.

“Kerana tiadanya bekalan air bersih ke luar bandar khususnya kawasan masih bergantung kepada sumber air sungai menyebabkan penduduk kampung terpaksa turun ke sungai dan ‘bergelut’ dengan buaya,” katanya.

Menurutnya perkara tersebut telah menyebabkan hampir setiap tahun berlakunya serangan buaya di sungai-sungai seluruh negeri termasuk di Baram.

“Jika kerajaan melalui wakil rakyat sudah dipilih oleh rakyat mampu menyediakan kemudahan bekalan air bersih dan jalan raya, penduduk tidak lagi bergantung kepada sungai dan serangan buaya juga dapat dielakkan,” jelasnya.

Dennis memberitahu isu mengenai kekurangan infrastruktur tersebut adalah agenda utama diketengahkan oleh parti itu pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang. – Sarawakiana
BN Punca Serangan Buaya - PKR BN Punca Serangan Buaya - PKR Reviewed by uMieySurianie on March 22, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.