Seo Services

Bot Nelayan Ditahan Di Tanjung Payong



MIRI: Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Sarawak menahan dua bot nelayan Vietnam bersama 30 awak-awak yang didapati menangkap ikan secara haram di perairan Tanjung Payong, malam tadi.

Bot One United 12 dan One United 5 ditahan bersama awak-awak dan juragan berusia antara 19 hingga 46 tahun sekitar 21 batu nautika dari Tanjong Payong pada jam 7.52 malam.

Pengarah APMM Miri, Komander Mohd Hambali Ya'akup, berkata kedua-dua bot nelayan itu ditahan ketika menunda ikan di perairan berkenaan.

Bot dengan nombor pendaftaran One United 12 melepaskan tali pukat ketika cuba melarikan diri namun dipintas dan ditahan kapal peronda APMM.

"Kira-kira sejam kemudian, bot nelayan One United 5 ditahan kira-kita 24 batu nautika dari Tanjung Payong," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, tangkapan ikan oleh bot nelayan asing itu dianggar bernilai RM50,000.

Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan di perairan Malaysia secara haram.-BH
Bot Nelayan Ditahan Di Tanjung Payong Bot Nelayan Ditahan Di Tanjung Payong Reviewed by Unknown on March 31, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.