LONDON: Britain bakal mengikuti jejak langkah Amerika Syarikat yang mengharamkan penumpang dari beberapa negara Asia Barat daripada membawa masuk peranti elektrik ke dalam pesawat.
Sekatan berkenaan dikuatkuasakan Britain ke atas enam penerbangan masuk dari Turki, Lebanon, Jordan, Mesir, Tunisia, dan Arab Saudi.
Pengumuman itu dibuat Pejabat Perdana Menteri, Theresa May kurang 24 jam selepas Amerika Syarikat melaksanakan sekatan ke atas peranti elektronik yang lebih besar daripada telefon bimbit dibawa masuk ke dalam pesawat pada Selasa.
Ia bermakna peranti seperti komputer riba, tablet dan kamera perlu dimasukkan dalam bagasi daftar masuk.
Sekatan itu dikuatkuasakan Amerika Syarikat ke atas penumpang dari lapan negara majoriti Islam di Asia Barat dan Afrika Utara. - Awani
Britain Ikut Jejak Langkah AS Haram Peranti Dalam Pesawat
Reviewed by uMieySurianie
on
March 22, 2017
Rating:

No comments: