Penyanyi Noh dan Mizz Nina antara pasangan selebriti yang sering mendapat perhatian netizen. Malah gambar kemesraan mereka yang dikongsi di laman sosial telah menjadi inspirasi kepada ramai peminat.
Memetik laporan mStar online, Noh, 33, menjelaskan, kemesraan dia bersama isterinya yang dipaparkan di laman sosial bukan mahu menunjuk-nunjuk sebaliknya ingin menawan hati isterinya itu.
Katanya, dia tidak menyangka perkara berkenaan kepada masyarakat di luar terhadap kehidupan seseorang selepas berkahwin. Sebagai selebriti dia berasa gembira jika perkara berkenaan dapat mendorong orang lain membuat kebaikan.
"Kemesraan yang saya tunjuk di Instagram itu adalah untuk isteri saya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau tujuan lain.
"Lagi pula ia merupakan perkara yang positif untuk hubungan kami, saya tidak sangka pula ramai yang menjadikan perkara sebagai inspirasi," ujarnya.
Pasangan ini berkahwin pada 1 Julai 2011.
Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 37, pula berkata, suaminya itu memang seorang yang romantik dan pandai menjaga hatinya.
Bagaimanapun mereka tetap mempunyai batasan tertentu untuk berkongsi tentang hal rumah tangga kepada umum.
"Kami ada batasan juga, tidak semua perkara boleh dikongsi kepada umum. Kalau boleh apa yang dikongsi memberi manfaat kepada semua," ujarnya. - MD
"Bukan Menunjuk-Nunjuk Tapi Nak Tawan Hati Isteri"
Reviewed by uMieySurianie
on
March 01, 2017
Rating:
No comments: