Seo Services

China Tawar Insentif Tunai Galak Keluarga Tambah Anak

Image result for Baby in china

BEIJING: Kerajaan China mempertimbangkan memberikan insentif wang tunai bagi menggalakkan rakyat memiliki anak kedua, berikutan tinjauan menunjukkan kebanyakan keluarga memilih melahirkan seorang anak kerana masalah kewangan. 

Langkah itu diumumkan Timbalan Menteri di Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan dan Perancangan Keluarga, Wang Peian, Sabtu lalu, lapor akhbar China Daily. Tahun 2016 mencipta rekod bagi kadar kelahiran di China, dengan 17.87 juta bayi dilahirkan. 

Ia menandakan kadar kelahiran tertinggi dalam masa 15 tahun, dan 1.3 juta peningkatan daripada 2015, setahun selepas kepimpinan China mengeluarkan undang-undang baru membenarkan keluarga memiliki dua anak. 

Dasar itu membolehkan 17 juta tambahan kelahiran menjelang 2020, dan menambah 30 juta pekerja pada 2050, kata suruhanjaya itu pada 2015, seperti dilaporkan Bloomberg. 

Bagaimanapun, dalam tinjauan yang dibuat pada 2015, semakin jelas 60 peratus ibu bapa di China tidak mahu melahirkan anak kedua kerana masalah kewangan, isu yang perlu diberi perhatian, kata Wang. "Ia menepati jangkaan, tetapi halangan masih ada dan perlu ditangani. 

Bagi mendapat anak kedua adalah hak kepada setiap keluarga di China tetapi kemampuan menjadi halangan yang menjejaskan keputusan itu," katanya. - CHINA DAILY
China Tawar Insentif Tunai Galak Keluarga Tambah Anak China Tawar Insentif Tunai Galak Keluarga Tambah Anak Reviewed by Azmin on March 01, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.