Seo Services

Trump Tuduh Obama Dalang Bocor Maklumat

Image result for donald trump

WASHINGTON: Bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama didakwa sebagai dalang di sebalik kebocoran sistem keselamatan negara dan tunjuk perasaan terhadap ahli kongres serta perwakilan dari Republikan. Presiden Donald Trump memberitahu Fox News: 

"Saya percaya Presiden Obama sebagai 'dalang' atas semua perkara yang berlaku kerana penyokong beliau pasti di belakang semua ini." 

Katanya, beliau percaya semua itu hanya satu percaturan politik. Bagaimanapun, Trump tidak mengemukakan sebarang bukti berhubung dakwaan pembabitan Obama, selain bekas presiden AS itu tidak mengulas dakwaan berkenaan. 

Dalam sesi temuramah itu, Trump juga dilaporkan memberi markah C ke atas usaha beliau menyampaikan maklumat kepada rakyat, A untuk pencapaian dan A+ untuk usaha yang diambil selama ini. 

Temuramah berkenaan disiarkan beberapa jam sebelum beliau dijadualkan menyampaikan ucapan pertama dalam sesi bersama Kongres. 

Menerusi ucapan itu, Trump dijangka memberikan perincian mengenai perancangan untuk menjimatkan perbelanjaan dan meningkatkan kedudukan ekonomi AS. 

Terdahulu, ketika ditanya bantahan yang dihadapi ahli politik Republikan, Trump yakin bahawa ia didalangi penyokong setia Obama. 

"Berhubung pembabitan beliau (Obama) ia adalah politik dan ia mungkin berterusan," katanya. BBC
Trump Tuduh Obama Dalang Bocor Maklumat Trump Tuduh Obama Dalang Bocor Maklumat Reviewed by Azmin on March 01, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.