Seo Services

Kes Jong-nam: Korea Utara Hantar Pegawai Kanan Ke KL

Image result for Tong-il

KUALA LUMPUR: Korea Utara menghantar seorang pegawai kanannya ke Kuala Lumpur untuk berbincang dengan pihak berkuasa Malaysia mengenai perkara berkaitan pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin negara itu, Kim Jong-un. 

Pegawai berkenaan, bekas duta besar Korea Utara di Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ri Tong-il, tiba hari ini dan mengisytiharkan: "Mulai hari ini, saya akan menjadi jurucakap rasmi." 

Bercakap kepada pemberita tempatan dan luar negara yang menghadiri sidang berita di pekarangan Kedutaan Korea Utara di sini, beliau berkata perbincangannya akan ditumpukan kepada tiga perkara. 

Katanya tiga perkara berkenaan adalah meminta mayat Jong-nam diserahkan kepada Korea Utara, persoalan berhubung penahanan seorang rakyat Korea Utara oleh polis Malaysia dan 'hubungan persahabatan' di antara Pyongyang dan Kuala Lumpur. 

Tong- il berkata, beliau berharap dapat menyelesaikan 'isu kemanusiaan' yang timbul berikutan kematian Jong-nam, yang hidup terasing daripada Jong-un. 

Bagaimanapun, Tong-il enggan memberitahu bila pertemuan dengan pihak berkuasa Malaysia akan diadakan atau berapa lama beliau berada di negara ini. 

Setakat ini, tidak diketahui sama ada Tong-il datang bersendirian atau bersama-sama satu delegasi. BERNAMA
Kes Jong-nam: Korea Utara Hantar Pegawai Kanan Ke KL Kes Jong-nam: Korea Utara Hantar Pegawai Kanan Ke KL Reviewed by Azmin on March 01, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.