KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah jenis ganja seberat 27 kilogram (kg) dianggar bernilai RM90,000 di dua lokasi, minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sing, berkata tangkapan pertama membabitkan seorang lelaki berusia 25 tahun yang dilihat dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan di Taman Barat Mutiara di sini, kira-kira jam 2 pagi.
"Sepasukan anggota polis yang menghampiri lelaki itu melakukan pemeriksaan ke atasnya sebelum menemui satu kg dadah jenis ganja dalam beg sandang miliknya.
"Susulan penahanan itu, suspek membawa pihak polis ke stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sungai Besi kira-kira jam 6 petang hari yang sama.
"Setibanya di lokasi berkenaan, polis menahan suspek kedua iaitu seorang lelaki berusia 47 tahun dipercayai pengedar dadah.
"Hasil pemeriksaan, polis menemui lima kg ganja bersama suspek," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Kok Sing berkata, soal siasat ke atas suspek kedua membawa kepada tempat letak kenderaan di Apartmen Desa Tasik, dipercayai stor dadah berkenaan.
"Suspek membawa polis ke sebuah kereta Proton Wira di tempat letak kenderaan berkenaan dan pemeriksaan menemui 21 kg dadah jenis ganja di but kereta terbabit.
"Dadah berkenaan dibalut menggunakan plastik lutsinar dan dipercayai untuk dijual pada harga RM3,000 sekilogram di sekitar ibu kota," katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala kedua-dua suspek direman sehingga Khamis ini.-BH
Dadah 27 Kilogram Dirampas
Reviewed by Unknown
on
March 28, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
March 28, 2017
Rating:

No comments: