Seo Services

Dua Bulan Makan Lumut Untuk Hidup




Manila: Seorang nelayan Filipina yang hanyut di laut selama dua bulan memberitahu dia hanya makan lumut yang tumbuh di botnya dan minum air hujan untuk hidup sebelum diselamatkan di Papua New Guinea.

Rolando Omongos, 21, tiba di lapangan terbang Manila semalam selepas tiga minggu diselamatkan oleh sebuah bot nelayan Jepun.

“Saya menangis tanpa henti ketika diselamatkan. Saya terlalu lemah untuk berdiri dan mereka terpaksa mendukung saya,” katanya kepada wartawan.


Omongos dan bapa saudaranya menaiki bot kecil bersama nelayan lain dan belayar bersama sebuah bot induk dari General Santos, selatan Filipina pada 21 Disember lalu.

Bagaimanapun, bot Omongos dan bapa saudaranya terpisah daripada kumpulan berkenaan akibat ribut sebelum kehabisan minyak.

Bapa saudaranya, Reniel Omongos, 31, mati sebulan selepas itu akibat kebuluran dan terdedah kepada cahaya matahari.

“Setiap hari hampir empat kapal melintasi kami. Saya melambai tetapi kapal itu tidak berhenti untuk membantu kami.

“Kapal dan bot nelayan itu mungkin tidak dapat melihat kami terumbang ambing di dalam bot kecil,” katanya.

“Saya tidak pernah berputus asa dan berdoa supaya seorang daripada kami dapat pulang dan menceritakan kisah ini,” jelasnya.- metro
Dua Bulan Makan Lumut Untuk Hidup Dua Bulan Makan Lumut Untuk Hidup Reviewed by uMieySurianie on March 31, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.