KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak bersyukur kerana pesawat khas yang membawa pulang sembilan rakyat Malaysia telah keluar dari ruang udara Korea Utara.
Perdana Menteri memaklumkan perkara tersebut telah menerusi akaun Twitter beliau malam ini.
“Alhamdulillah, pesawat khas membawa pulang 9 rakyat Malaysia telah keluar ruang udara Korea Utara. Krisis diplomatik sudah berakhir,” katanya.
Kesemua sembilan rakyat Malaysia yang sebelum ini dihalang daripada meninggalkan Korea Utara telah bertolak dari Pyongyang pada pukul 6.30 petang ini dan dijangka tiba di negara ini pada pukul 4 pagi esok.
- Utusan Malaysia
Krisis Diplomatik Malaysia-Korea Berakhir
Reviewed by Unknown
on
March 31, 2017
Rating:
No comments: