KUALA LUMPUR: Harga beras putih import lima peratus hancur di seluruh negara kekal tanpa sebarang kenaikan.
Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) dalam satu kenyataan berkata, harga berkenaan kekal stabil sekali gus menafikan spekulasi mengenai kenaikan harga yang tular di media sosial.
"Harga beras di pintu gudang di Semenanjung, termasuk beras putih import lima peratus masih berada di paras sama iaitu RM2,150 bagi setiap tan metrik.
“Bagi beras putih tempatan yang memenuhi sejumlah besar permintaan juga kekal tidak berubah dan dikawal oleh kerajaan," katanya.-myMetro
Harga Beras Kekal
Reviewed by Unknown
on
March 01, 2017
Rating:
No comments: