Seo Services

Harga Ikan Kembung Dijangka Turun April



PUTRAJAYA: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memaklumkan harga ikan kembung yang melambung tinggi sebelum ini akan turun bermula April ini.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ismail Abu Hassan, berkata harga tinggi sehingga mencecah RM22 sekilogram itu berpunca daripada musim tengkujuh yang berlaku pada awal tahun ini.

Katanya, berdasarkan kajian 10 tahun lalu, LKIM mendapati tangkapan ikan juga akan berkurangan bermula November sehingga Mac kerana sekitar Jun sehingga September, ikan akan mula bertelur dan mengambil masa selama lapan bulan untuk matang.

"Fenomena ini bukan sahaja memberi kesan kepada pengguna, malah pendapatan nelayan juga berkurangan kerana mereka tidak turun ke laut menangkap ikan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perundangan Industri (MPI) Pemodenan Vesel Penangkapan Ikan, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan Perikanan, Abu Talib Ahmad dan Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber, Tan Geik Hong.

Mengikut kajian LKIM, ikan kembung jenis borek (besar) banyak membiak di sekitar Pantai Timur manakala kembung pelaling pula di perairan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Ikan kembung juga adalah sumber dikongsi bersama dengan negara lain seperti Thailand, Indonesia, Myanmar, Vietnam, Filipina dan Brunei.

Kumpulan ikan itu sentiasa bergerak ke kawasan lain dalam ekosistem Laut Andaman dan Laut China Selatan.

Ismail berkata, setiap tahun kerajaan membelanjakan hampir RM1 bilion bagi mengimport ikan dan masalah itu boleh diatasi sekiranya nelayan dan juga Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) membuat simpanan untuk jualan pada musim tengkujuh.

Katanya, menjelang 2020, LKIM menyasarkan masalah kekurangan ikan dapat diatasi dan pada masa sama harganya juga tidak akan meningkat selain dapat mengurangkan kos import ikan yang ditanggung kerajaan.

"Bagi melaksanakan program ini, LKIM akan melihat dan menambah baik kemudahan yang diperlukan nelayan terutama untuk menyimpan stok ikan berskala besar pada satu-satu masa," katanya. - BH

Harga Ikan Kembung Dijangka Turun April Harga Ikan Kembung Dijangka Turun April  Reviewed by uMieySurianie on March 01, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.