Seo Services

Suspek Kes Bunuh Jong-Nam Ke Penjara Kajang, Sebutan Kes 13 April Depan


SEPANG: Dua suspek wanita asing didakwa secara berasingan di Mahkamah Majistret Sepang pada Rabu atas tuduhan terlibat dalam kes pembunuhan warga Korea Utara, Kim Jong-nam kira-kira dua minggu lalu.

Warga Vietnam, Duon Thi Huong, 29 dan rakyat Indonesia, Siti Aisyah, 25, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh.

Kedua-dua wanita itu didakwa secara berasingan dan tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Kertas pendakwaan menamakan mangsa yang dibunuh sebagai 'Kim Chol', nama yang sering digunakan Jong-nam mengembara.

Siti Aisyah terlebih dahulu dihadapkan untuk pertuduhan tersebut dan dakwaan dibacakan oleh penterjemah dalam bahasa Indonesia.

Wanita itu mengangguk sebagai tanda faham dan tiada pengakuan direkodkan.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Iskandar Ahmad meminta pihak mahkamah tempoh sebulan setengah untuk sebutan semula kes dan memindahkan perbicaraan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Hakim Mahkamah Sesyen Harith Sham Mohamed Yasin, yang bertindak sebagai Majistret, menetapkan 13 April untuk sebutan semula kes.

Peguam yang mewakili Siti Aisyah, Gooi Soon Seng, memohon kebenaran pihak mahkamah untuk mengeluarkan arahan kepada polis dan saksi daripada mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media yang boleh menyalahkan atau membahayakan nyawa kliennya.

"Permohonan ini untuk memastikan hak Siti Aisyah mendapatkan perbicaraan yang adil tidak terjejas," katanya.

Selepas Siti Aisyah dibawa keluar dari bilik mahkamah, Thi Huong yang diwakili peguam S. Selvam dibawa masuk untuk menghadap pertuduhan.-mStar

Suspek Kes Bunuh Jong-Nam Ke Penjara Kajang, Sebutan Kes 13 April Depan Suspek Kes Bunuh Jong-Nam Ke Penjara Kajang, Sebutan Kes 13 April Depan  Reviewed by Unknown on March 01, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.