Seo Services

Harga Minyak Di Ameriah Arab Bersatu (UAE) Berbanding Malaysia


Kenaikan semula harga bahan bakar di Malaysia seringkali menjadi rungutan rakyat.

Kita sering mendengar rakyat membuat perbandingan dengan negara Arab yang dikatakan menjual bahan bakar dengan harga yang jauh lebih murah berbanding Malaysia.

Mari kita rujuk harga bahan bakar terkini di Malaysia dengan negara Ameriah Arab Bersatu (UAE).

Kementerian Tenaga, UAE turut mengumumkan harga bahan bakar sekitar 28 hari bulan setiap bulan.

Harga baru untuk seliter petrol bagi bulan Mac 2017 adalah: Super 98 - Dh2.03, naik daripada Dh2.0 pada bulan Februari; Special 95 pula dijual pada kadar Dh1.92, naik daripada Dh1.89; E Plus91-Dh1.85, naik daripada Dh1.82.

Untuk Diesel, harga baru yang telah ditetapkan adalah pada Dh2.02 seliter naik daripada Dh2.0 se liter pada bulan Februari.

Harga ini merupakan harga baru dan diguna pakai bermula 1 Mac 2017.

Sebagai rujukan, Dh1 (Dirham) adalah bersamaan dengan RM1.21, sehingga pagi ini.

Ini bermakna, bagi Petrol Super98 - RM2.46, Special 95 pula dijual pada harga RM1.32 manakala Plus-91 pula pada harga RM2.24 sen se liter. Bagi diesel pula, dijual pada harga RM2.44 seliter. - Sarawakiana
Harga Minyak Di Ameriah Arab Bersatu (UAE) Berbanding Malaysia Harga Minyak Di Ameriah Arab Bersatu (UAE) Berbanding Malaysia Reviewed by Azmin on March 01, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.