Seo Services

Operasi Mencari Guru Lemas Diteruskan


BELAGA: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang guru dikhuatiri lemas diteruskan pencarian hari ketiga selepas perahu dinaikinya bersama isteri terbalik sebelum mangsa dihanyutkan arus deras di Sungai Rajang, Ahad lalu.

Ahad lalu, mangsa Michael Usat Emang, 59 bersama isterinya dalam perjalanan balik ke kuarters guru kediamana mereka di Sekolah Kebangsaan (SK) Nangan Telawan sekitar jam 1 petang.

Bagaimanapun, isteri mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi sungai dan terus meminta pertolongan dari penduduk kampung.

Menurut jurucakap bomba, SAR dimulakan dan radius pencarian diperbesarkan bagi mengesan mangsa.

SAR melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu, pasukan bomba sukarela daerah Belaga, polis marin, Lembaga Sungai Sarawak(LSS) dan penduduk tempatan.-Sarawakiana
Operasi Mencari Guru Lemas Diteruskan Operasi Mencari Guru Lemas Diteruskan Reviewed by Unknown on March 01, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.